Take a Break

2008-06-15


Recite 3x: Surah Al-Ikhlas (Qul Huwallah Hu Ahad...)
Pahala saperti membaca 1 AlQuran





Wallahualam

12 Barisan Manusia.. Menuju Akhirat:-

2008-05-19

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : 'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'.

Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku) , itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"


Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'

Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu


Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

Barisan ke-4:

Di iringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Di iringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

Barisan ke-6 :

Di iringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

B
arisan ke-7:

Di iringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:

Di iringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah & kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

Barisan ke-10:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Di iringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Di iringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.

Wallahualam

Bacalah Yaasin

2008-05-18

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

  11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

  12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

  14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wallahualam

Ketahui Lah...

2008-04-01

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu ...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.

Allah Mengetahui Segalanya.Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......


Wallahualam

The Day Our Prophet Was Born

2008-03-20

Sejarah Ayat Kursi

2008-03-19

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya....Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.'


Sabda baginda lagi;

'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan.

Salasiah Nabi dan Rasul

2008-02-03

Kelebihan Sujud

2008-01-19

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

  1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. melegakan sakit hernia. (burut)
  4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. meringankan bahagian pelvis.
  9. memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  11. pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. mengurangkan kegemukan.
  14. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  15. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  16. mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

7 Kalimah Berharga

2008-01-18

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

  1. Bismillahhirrahmannirrahim -pada tiap-tap hendak melakukan sesuatu.
  2. Alhamdulliah -pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
  3. Astagfirrullah -jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
  4. InsyaAllah -jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
  5. Lahaulawaquataillahbillah -bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
  6. Innalillah -jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
  7. Laillahhaillah -bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Happy New Year

2008-01-10

 
Me, The Muslimah - by Templates para novo blogger 2007